Flat foot atau kaki rata ialah keadaan bila lengkungan tapak kaki anak nampak rendah atau tiada bila berdiri. Sebenarnya, untuk kanak-kanak kecil, ini normal dan lengkungan kaki akan terbentuk sendiri bila makin besar. Tetapi untuk kanak-kanak dan remaja yang aktif bersukan, kaki rata kadangkala boleh menyebabkan sakit atau cepat penat, terutamanya bila latihan kerap.
Kenapa Perlu Ambil Perhatian?
Kalau kaki rata bermasalah, anak mungkin akan:
✅ Cepat penat bila berlari atau bermain sukan
✅ Mengadu sakit tapak kaki, buku lali, betis atau lutut
✅ Selalu terseliuh atau cedera berulang
✅ Prestasi sukan jadi tidak konsisten
Tanda-tanda Biasa
✅ Lengkungan kaki tidak jelas bila berdiri
✅ Kasut sukan cepat haus di bahagian dalam
✅ Anak mengadu sakit selepas bersukan
✅ Cara larian nampak “senget” atau tidak seimbang
Apa Fisioterapi Boleh Bantu?
Fisioterapi fokus kepada:
✅ Senaman menguatkan otot tapak kaki & pergelangan kaki
✅ Senaman keseimbangan & kawalan badan
✅ Regangan betis & tapak kaki
✅ Nasihat kasut sukan yang sesuai
✅ Insole hanya jika perlu (bukan semua kes)
Bilakah Perlu Berjumpa Fisioterapis?
Jika anak anda kerap mengadu sakit kaki selepas bersukan atau anda perasan cara larian yang tidak seimbang, dapatkan penilaian fisioterapi awal supaya rawatan yang sesuai dapat dirangka mengikut keperluan anak.
Dapatkan Penilaian di Medyna Physiotherapy
📞 Hubungi Medyna Physiotherapy hari ini untuk penilaian flat foot dan program fisioterapi yang sesuai untuk anak anda.
📍 Alor Setar: 019-244 9828 | 📍 Sungai Petani: 019-240 0944


