Postur Yang Baik (Neutral)
✅ Kepala, bahu, pinggul, lutut dan buku lali berada dalam satu garisan lurus
✅ Berat badan seimbang di kiri dan kanan
✅ Otot core menyokong tulang belakang secara semula jadi
✅ Mengurangkan tekanan pada sendi dan otot
Jenis-jenis Postur yang Tidak Baik
1. Kyphosis (Bongkok / Hunchback)
Bahu dan bahagian atas belakang melengkung ke depan. Selalu terjadi kerana duduk lama, banyak guna telefon/komputer, atau otot belakang lemah.
2. Lordosis (Pinggang Melengkung / Swayback)
Lengkungan berlebihan ke dalam pada bahagian pinggang. Biasa berlaku jika otot perut lemah, obesiti, atau ketika hamil.
3. Flat Back (Belakang Rata)
Tulang belakang hilang lengkungan semula jadi, nampak lurus. Menyebabkan rasa kaku, terutama di bahagian pinggang.
4. Scoliosis
Tulang belakang membengkok ke sisi (bentuk S atau C). Ada yang ringan, ada juga yang teruk hingga memerlukan rawatan khusus.
5. Forward Head Posture (“Tech Neck”)
Kepala terjulur ke depan, tidak sejajar dengan bahu. Sering berlaku kerana kerap tunduk melihat telefon atau komputer.
6. Postur Melengkung / Slouched Posture
Bahu jatuh ke depan, belakang melengkung, badan condong. Biasa berlaku bila duduk lama tanpa sokongan.
Kenapa Postur Penting?
Postur yang tidak baik yang berpanjangan boleh menyebabkan sakit belakang dan leher kronik, ketegangan otot, dan tekanan berlebihan pada sendi. Penilaian dan latihan fisioterapi yang betul dapat membantu membetulkan postur serta mengurangkan risiko kecederaan jangka panjang.
Dapatkan Penilaian Postur di Medyna Physiotherapy 📞
📍 Alor Setar: 019-244 9828 | 📍 Sungai Petani: 019-240 0944


