Apa Itu Liver Abscess?
Liver abscess ialah keadaan di mana terdapat kantung berisi nanah yang terbentuk di dalam hati. Ia berlaku akibat jangkitan sama ada dari bakteria, parasit (amoebic abscess), atau sebab lain. Keadaan ini berbahaya kerana boleh menyebabkan sepsis (jangkitan dalam darah) dan komplikasi serius jika tidak dirawat awal.
Punca Liver Abscess
Antara punca utama termasuklah:
✅ Jangkitan bakteria atau amoeba yang merebak ke hati
✅ Masalah pada salur hempedu
✅ Penyakit usus seperti appendicitis atau diverticulitis
✅ Kencing manis dan sistem imun lemah
Simptom Liver Abscess
Pesakit biasanya mengalami:
✅ Demam berpanjangan
✅ Menggigil dan berpeluh malam
✅ Sakit di bahagian kanan atas abdomen (kadang merebak ke bahu)
✅ Hilang selera makan & penurunan berat badan
✅ Mual atau muntah
📌 Jika ada simptom begini, pesakit perlu segera dapatkan rawatan doktor.
Rawatan Perubatan
Rawatan utama melibatkan:
✅ Antibiotik (IV)
✅ Drainage – keluarkan nanah menggunakan jarum atau tiub (ultrasound-guided)
✅ Pembedahan – jika abscess terlalu besar, banyak atau berisiko pecah
Peranan Fisioterapi dalam Pemulihan
Fisioterapi bukan rawatan utama untuk abscess, tetapi sangat penting dalam proses rehabilitasi selepas rawatan perubatan atau pembedahan.
Matlamat Fisioterapi
✅ Membantu pesakit bernafas dengan lebih baik (kerana sakit abdomen boleh menyebabkan pernafasan cetek → risiko atelectasis)
✅ Mengurangkan risiko komplikasi paru-paru selepas pembedahan
✅ Membantu pesakit kembali aktif dan mengelakkan kelemahan otot akibat lama berehat
✅ Memberi sokongan dari segi postur, pergerakan & stamina
Intervensi Fisioterapi
Latihan Pernafasan – diaphragmatic breathing dan incentive spirometry untuk kembangkan paru-paru, serta teknik batuk efektif dengan sokongan bantal (“splinting”) bagi kurangkan sakit.
Mobilisasi Awal – bangun duduk & berjalan perlahan seawal mungkin bila stabil, elak baring terlalu lama untuk cegah pneumonia & blood clot.
Senaman Ringan – pergerakan anggota di katil atau kerusi untuk kekalkan kekuatan, senaman progresif mengikut tahap stamina pesakit.
Pendidikan Pesakit & Keluarga – cara bangun dari katil dengan selamat (log rolling), kepentingan postur tegak untuk bantu pernafasan, dan latihan mudah yang boleh dibuat di rumah selepas discaj.
Kesimpulan
Liver abscess adalah penyakit serius yang memerlukan rawatan perubatan segera. Namun, selepas rawatan utama, fisioterapi memainkan peranan besar dalam mempercepatkan pemulihan, mengurangkan komplikasi, dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Jika anda atau ahli keluarga sedang menjalani rawatan untuk liver abscess, dapatkan juga sesi fisioterapi bagi memastikan proses pemulihan lebih lancar dan menyeluruh.
Dapatkan Rawatan/Penilaian di Medyna Physiotherapy 📞
📍 Alor Setar: 019-244 9828 | 📍 Sungai Petani: 019-240 0944


