Sesak Nafas Akibat Sakit Belakang: Apa Kaitannya?

Sakit Belakang Sampai Rasa Susah Nak Bernafas?

Pernah tak berhadapan dengan situasi ini — sakit belakang sampai rasa susah nak bernafas, atau bernafas rasa tak puas sejak sakit belakang? Ada kaitan ka sakit belakang dengan susah bernafas ini? Ya, mesti ada kaitan.

Bagaimana Tulang Belakang Berkait dengan Pernafasan?

Cuba bayangkan sangkar toraks kita seperti rumah. Tulang belakang sebagai tiang asas yang memegang rusuk sebagai dinding. Manakala diafragma (otot pernafasan) sebagai lantai rumah, di mana otot diafragma berhubung terus dengan tulang belakang.

Secara anatominya, sangkar toraks terbentuk oleh tulang belakang, sangkar rusuk dan otot yang berkaitan (seperti scalenes, sternocleidomastoid, diafragma, otot interkostal dan otot perut).

Apa yang terjadi bila tiang rumah ada masalah? Bahagian rumah yang lain pun akan terkesan sama. Sama juga macam badan kita — bila bahagian pinggang sakit, kita akan ubah cara kita berjalan dan bekerja, dan pada waktu ini otot diafragma pun terkesan sama.

Kenapa Diafragma Terkesan?

Salah satu fungsi otot diafragma adalah untuk memberi kestabilan pada tulang belakang dan menjaga postur badan terutamanya di bahagian lumbar. Bila tulang belakang menerima bebanan yang agak banyak, masalah dengan diafragma akan berlaku.

Kurangnya pengaktifan diafragma boleh menyebabkan otot paraspinal di bahagian lumbar bekerja keras sehingga menyebabkan sakit pada bahagian pinggang — dan kitaran ini boleh berterusan jika tidak ditangani.

Cara Mencegah

Untuk elakkan masalah ini berlaku, penting untuk membuat penilaian fungsi diafragma semasa melakukan aktiviti postural bagi mencegah sakit belakang, sekali gus mengelakkan gangguan pernafasan yang berkaitan.

Dapatkan Penilaian di Medyna Physiotherapy 📞

📍 Alor Setar: 019-244 9828  |  📍 Sungai Petani: 019-240 0944

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

admin

Writer & Blogger

© 2025 Medirehab Sdn. Bhd. 202201024374 (1470071-M)