Diabetes adalah satu daripada penyakit tidak berjangkit yang paling biasa di Malaysia dan dunia. Ramai orang tahu tentang kawalan gula melalui pemakanan dan ubat, tetapi ramai tidak sedar bahawa fisioterapi juga memainkan peranan penting dalam pengurusan diabetes – terutama untuk kekal aktif, mencegah komplikasi, dan meningkatkan kualiti hidup.
Apa Itu Diabetes?
Diabetes terjadi apabila paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi sama ada disebabkan oleh kekurangan insulin atau ketidakupayaan badan menggunakan insulin dengan berkesan.
Diabetes boleh dibahagikan kepada:
- Diabetes Jenis 1 – Kekurangan insulin sepenuhnya (biasanya sejak kecil)
- Diabetes Jenis 2 – Badan tidak guna insulin dengan betul (kebiasaannya terjadi dalam kalangan orang dewasa)
- Diabetes semasa hamil (gestational diabetes)
Komplikasi Diabetes boleh dielakkan sekiranya dikawal dengan baik. Namun masalah seperti berikut boleh terjadi sekiranya diabetes tidak terkawal:
- Kebas kaki dan tangan (neuropati)
- Luka lambat sembuh / kaki diabetes
- Sakit sendi dan kekakuan otot
- Masalah penglihatan
- Serangan jantung atau strok
Bagaimana Fisioterapi Membantu Pesakit Diabetes?
Fisioterapi bukan hanya untuk pemulihan kecederaan – ia juga penting untuk menggalakkan pergerakan selamat dan mencegah komplikasi akibat diabetes.
1. Senaman Aerobik & Rintangan
Fisioterapi boleh membimbing anda melalui senaman yang membantu:
- Membakar kalori dan mengawal gula darah
- Meningkatkan sensitiviti insulin
- Mengurangkan berat badan berlebihan
- Contoh senaman: berjalan kaki, naik turun tangga, senaman guna berat badan, atau basikal statik.
2. Rawatan untuk Neuropati Diabetik
Pesakit diabetes sering mengalami:
- Kebas pada kaki
- Hilang keseimbangan
- Risiko jatuh meningkat
Fisioterapi membantu dengan:
- Latihan keseimbangan
- Senaman kaki & proprioception
- Edukasi penggunaan kasut khas atau alat sokongan
3. Senaman untuk Sendi & Otot
Sesetengah pesakit mengalami frozen shoulder, sakit lutut, atau kekakuan otot akibat kurang bergerak.
Fisioterapi bantu meningkatkan fleksibiliti dan kekuatan.
4. Pencegahan Luka & Ulser Kaki
Fisioterapis boleh:
- Mengajar teknik penjagaan kaki
- Latihan pengagihan tekanan tapak kaki (foot pressure distribution exercises)
- Senaman peredaran darah
Siapa Yang Sesuai Dapatkan Fisioterapi?
- Pesakit diabetes jenis 1 atau 2
- Mereka yang baru disahkan menghidap diabetes
- Pesakit yang kerap kebas, sakit sendi, atau hilang keseimbangan
- Mereka yang kurang aktif akibat usia, berat badan, atau komplikasi kesihatan
- Penjaga warga emas atau pesakit kencing manis terlantar
Tip Gaya Hidup Aktif untuk Pesakit Diabetes
- Bergerak sekurang-kurangnya 30 minit sehari
- Buat senaman ringan 3-5 kali seminggu
- Elak duduk terlalu lama – bangun setiap 1 jam
- Amalkan regangan ringan pagi dan malam
- Dapatkan bantuan fisioterapis jika rasa sukar bergerak
Kesimpulan
Pengurusan diabetes memerlukan pendekatan menyeluruh. Selain ubat dan diet, senaman yang selamat dan efektif adalah kunci – dan disinilah peranan penting fisioterapi.
Jika anda atau orang tersayang menghidap diabetes, dapatkan penilaian awal dari ahli fisioterapi bertauliah. Ia bukan sahaja bantu mengawal gula, tetapi juga mengurangkan risiko komplikasi dan meningkatkan kualiti hidup.
Ingin tahu jenis senaman terbaik untuk keadaan anda? Hubungi ahli fisioterapi berdekatan atau kunjungi klinik kami untuk konsultasi pertama. Kesihatan anda bermula dengan langkah kecil – mari mulakan hari ini!
-syafiqah-