Ramai pelanggan keliru antara Dry Needling dan Akupunktur kerana kedua-duanya menggunakan jarum nipis. Tapi sebenarnya, kedua-dua teknik ini sangat berbeza dari segi konsep dan tujuan.
Akupunktur:
Berasaskan perubatan tradisional China, menyasarkan “titik meridian” tertentu di badan berdasarkan aliran tenaga (Qi) untuk keseimbangan keseluruhan badan.
Dry Needling:
Berasaskan sains anatomi otot moden, menyasarkan “trigger points” — titik ketegangan spesifik dalam otot — untuk melegakan kesakitan dan memulihkan fungsi otot tersebut secara terus.
Ringkasnya:
Dry needling lebih tertumpu kepada rawatan muskuloskeletal (otot dan sendi), manakala akupunktur lebih menyeluruh berdasarkan prinsip tradisional. Di Medyna, Dry Needling dijalankan oleh fisioterapis bertauliah sebagai sebahagian daripada pelan rawatan fisioterapi anda — bukan berdiri sendiri.
Ada soalan lanjut tentang rawatan ini? Kami sedia membantu.
📍 Hubungi kami:
Alor Setar: 019-244 9828 | Sungai Petani: 019-240 0944


