Apa Kaitan Sakit Belakang dengan Otot Lemah?

Pernah tak rasa sakit belakang lepas duduk lama, angkat barang, atau bangun tidur? Ramai fikir sakit belakang ni datang sebab umur makin meningkat atau sebab “salah tidur”. Tapi sebenarnya, salah satu punca utama ialah otot kita lemah.

“Otot Lemah, Tulang Belakang Terpaksa Kerja Lebih”

Bayangkan otot ni macam “tiang sokongan” rumah. Kalau tiang tu kukuh, rumah stabil. Tapi kalau tiang rapuh, dinding rumah senang retak. Sama juga dengan badan kita – bila otot, terutama otot core (perut, pinggang, pinggul), lemah, tulang belakang terpaksa tanggung beban lebih. Hasilnya? Mudahlah sakit belakang datang.

“Bila Dah Sakit, Otot Makin Lemah”

Biasanya bila sakit, kita jadi malas nak bergerak. “Rehat dulu la, nanti lega,” kan? Tapi bila terlalu banyak rehat tanpa pergerakan, otot makin mengecil dan jadi lagi lemah. Akhirnya sakit belakang tu bukan je tak hilang, malah makin kerap datang.

Kitaran Yang Tak Habis-Habis

Sakit belakang merupakan masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang, sama ada golongan muda mahupun berusia. Antara punca yang jarang disadari adalah kelemahan otot, khususnya otot di bahagian teras atau core. Otot yang lemah memberi kesan besar kepada kestabilan dan kesihatan tulang belakang.

Apabila otot menjadi lemah, tulang belakang terpaksa menanggung beban lebih daripada sepatutnya. Hal ini menyebabkan timbulnya rasa sakit pada bahagian belakang. Seseorang yang mengalami sakit biasanya akan memilih untuk berehat dan kurang bergerak kerana menyangka ia dapat mengurangkan kesakitan. Namun, tanpa disedari, tindakan ini menyebabkan otot semakin mengecil dan bertambah lemah.

Kitaran ini berulang-ulang dan inilah yang ramai orang tidak perasan. Sakit belakang dan otot lemah ibarat “kawan baik” yang saling menguatkan satu sama lain sekiranya tidak dicegah dari awal. Oleh itu, penting untuk menjaga kekuatan otot melalui senaman yang sesuai, menjaga postur badan semasa duduk atau berdiri, serta mengamalkan gaya hidup aktif. Dengan cara ini, otot akan menjadi lebih kuat dan tulang belakang mendapat sokongan yang sepatutnya, sekali gus dapat mengurangkan risiko sakit belakang berulang.

Apa Boleh Buat Untuk Kuatkan Otot?

👉 Tak perlu terus pergi gym, cukup mulakan dengan senaman mudah:

  • Pelvic tilt (baring, gerakkan pinggang perlahan)
  • Bridging (angkat punggung bila baring, tahan dalam kiraan 10 saat)
  • Plank (buat ikut kemampuan, walau mula dengan kiraan 10 saat)

Selain tu, jangan lupa jaga postur masa duduk, berdiri, atau angkat barang. Kalau selalu duduk lama, cuba bangun dan regangkan badan setiap 30–45 minit.

✨ Kesimpulan:


Kalau nak kurang sakit belakang, jangan tunggu sakit reda dengan sendiri. Kuncinya adalah kuatkan otot. Lagi kuat otot kita, lagi selamat tulang belakang dan lebih mudah kita bergerak tanpa rasa sakit. Rujuk kepada mana-mana fisioterapi yang berdekatan untuk maklumat lanjut.

Disediakan oleh: Faizzatul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

admin

Writer & Blogger

© 2025 Medirehab Sdn. Bhd. 202201024374 (1470071-M)