SI joint (sacroiliac joint) terletak di antara tulang pinggul (iliac) dan tulang ekor. Anda ada dua SI joint, kiri dan kanan. Ia bertindak sebagai penyerap hentakan, memindahkan beban dari bahagian atas badan ke pinggul dan kaki. Walaupun kecil dan kurang bergerak, SI joint sangat kuat kerana disokong ligamen.
Masalah SI joint adalah punca biasa sakit pinggang bawah, dan boleh menyebabkan sacroiliitis (radang SI joint). Jika sakit pinggang berterusan, pemeriksaan awal sangat penting.
Tanda-tanda SI Joint Dysfunction
1. Sakit Tajam di Pinggang Bawah & Pinggul
Sakit biasanya tepat di kawasan SI joint dan boleh menjalar ke punggung atau peha.
2. Sakit Bertambah Bila Bergerak Tertentu
Contohnya bila bangun dari duduk, naik tangga, atau berpusing dalam katil.
3. Rasa Macam Kaki Sebelah Pendek
Bukan kaki berubah panjang — tetapi pelvis senget akibat SI joint tidak seimbang.
4. Kekakuan atau Rasa Panas/Burning di Pelvis
Terutama waktu pagi atau selepas duduk lama — tanda radang pada SI joint.
5. Sakit Berkurang Bila Rehat
Berbaring biasanya memberi kelegaan, sebab tekanan pada SI joint berkurang.
Apa Perlu Buat?
Jumpa doktor atau ahli tulang/spine specialist untuk diagnosis tepat. Pemeriksaan khas atau imaging mungkin diperlukan.
Rawatan
✅ Fisioterapi (paling biasa & efektif)
✅ Ubat atau suntikan untuk kurangkan radang
✅ Pembedahan (jarang, hanya kes teruk)
Rawatan awal boleh mencegah masalah menjadi lebih teruk. Jika anda ada simptom di atas, sebaiknya dapatkan pemeriksaan.
Dapatkan Penilaian di Medyna Physiotherapy
📞 Hubungi Medyna Physiotherapy hari ini untuk penilaian sakit pinggang bawah dan SI joint anda.
📍 Alor Setar: 019-244 9828 | 📍 Sungai Petani: 019-240 0944


