
Kami dengan bangga memperkenalkan Dry Needling — rawatan terkini di Medyna Physiotherapy untuk membantu melegakan sakit otot yang kronik dan berpanjangan.
Apakah Dry Needling?
Ia adalah teknik di mana jarum nipis dimasukkan ke titik-titik tegang tertentu dalam otot (dikenali sebagai “trigger points”) untuk merangsang otot tersebut relaks dan mengurangkan kesakitan.
Sesuai untuk siapa?
- Individu dengan sakit bahu, leher, atau belakang yang berpanjangan
- Atlet dengan ketegangan otot berulang
- Sesiapa yang sudah cuba urutan/regangan biasa tetapi kesakitan masih berbalik
Apa bezanya dengan urutan biasa?
Dry needling menyasarkan punca ketegangan secara lebih spesifik dan mendalam, berbanding urutan permukaan yang hanya melegakan sementara.
Rawatan ini dijalankan oleh fisioterapis bertauliah kami dan digabungkan dengan penilaian menyeluruh sebelum sesi dimulakan, bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan anda.
📍 Ingin tahu lebih lanjut atau ingin cuba? Hubungi kami:
Alor Setar: 019-244 9828 | Sungai Petani: 019-240 0944


