5 Tanda Badan Anda Perlukan Fisioterapi Sekarang

Ramai orang tunggu sehingga sakit tidak tertahan baru mencari rawatan. Tapi fisioterapi paling berkesan bila dimulakan awal. Berikut 5 tanda anda tidak patut tunggu lagi:

  1. Sakit yang berulang lebih 2 minggu — walaupun sudah berehat dan makan ubat tahan sakit.
  2. Pergerakan terhad — sukar mengangkat tangan tinggi, membongkok, atau menoleh sepenuhnya.
  3. Bunyi ‘krek’ atau ‘klik’ disertai kesakitan pada sendi semasa bergerak.
  4. Kebas atau kesemutan yang berulang di tangan atau kaki.
  5. Sakit yang menjejaskan tidur atau aktiviti harian — sukar nak tidur lena, sukar nak berjalan jauh.

Jika mana-mana tanda ini biasa dengan anda, badan anda sedang menghantar isyarat. Fisioterapi bukan hanya untuk kecederaan besar — ia juga rawatan pencegahan yang boleh elakkan masalah kecil daripada jadi besar.

🎉 Sempena bulan Merdeka, cuba sesi percubaan RM69/30 minit sahaja — tempoh 16–31 Ogos.

📍 Tempah slot anda sekarang:
Alor Setar: 019-244 9828 | Sungai Petani: 019-240 0944

Infografik 5 Tanda Anda Perlu Fisioterapi - Medyna Physiotherapy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

admin

Writer & Blogger

© 2025 Medirehab Sdn. Bhd. 202201024374 (1470071-M)