Strok (Part 4): Rawatan strok

Rawatan strok bergantung pada jenis strok yang berlaku sama ada saluran darah tersumbat (strok iskemik) atau saluran darah pecah (strok hemoragik). Untuk strok iskemik, doktor biasanya akan beri ubat cair darah supaya bekuan dapat larut, atau gunakan prosedur khas untuk keluarkan bekuan tersebut. Jika strok hemoragik pula, rawatan lebih kepada kawal tekanan darah, kurangkan bengkak dalam otak dan kadang-kadang perlukan pembedahan jika pendarahan serius.

Selepas rawatan kecemasan di hospital, pesakit strok perlukan pemulihan berterusan. Fisioterapi membantu kuatkan otot, seimbangkan badan dan ajar semula cara berjalan. Terapi pertuturan membantu jika ada masalah bercakap atau menelan, manakala terapi carakerja melatih semula aktiviti harian seperti makan, mandi dan berpakaian. Selain itu, sokongan emosi dan psikologi sangat penting untuk elakkan kemurungan serta beri semangat kepada pesakit.

Secara ringkas, rawatan strok perlu dilakukan segera kerana setiap minit sangat berharga. Lebih cepat rawatan diberi, lebih besar peluang untuk pulih. Selepas itu, proses fisioterapi, terapi lain dan sokongan keluarga akan bantu pesakit kembali berdikari dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh: Faizzatul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

admin

Writer & Blogger

© 2025 Medirehab Sdn. Bhd. 202201024374 (1470071-M)