Bunion: Apa Itu, Tanda-tanda & Pilihan Rawatan

Apa Itu Bunion?

Bunion ialah benjolan tulang yang terbentuk di pangkal ibu jari kaki, biasanya bila tulang dan sendi berganjak keluar dari posisi asal.

Tanda-tanda Anda Ada Bunion

✅ Ibu jari senget ke arah jari kedua
✅ Ada benjolan & sakit pada sisi ibu jari
✅ Rasa pedih bila pakai kasut
✅ Sukar cari kasut yang selesa

Siapa Selalu Kena?

✅ Wanita – suka pakai kasut sempit/berhujung runcing
✅ Ada sejarah genetik keluarga
✅ Masalah struktur kaki seperti flat foot
✅ Aktiviti beri tekanan tinggi pada kaki (berdiri lama, sukan)

Apa Jadi Kalau Dibiarkan?

⚠️ Kesakitan berterusan
⚠️ Jari kaki lain mula berubah arah
⚠️ Sukar berjalan & aktiviti harian terjejas
⚠️ Mungkin perlu pembedahan jika teruk

Pilihan Rawatan Bunion

1. Rawatan Bukan Pembedahan

✅ Tukar kasut – lebih lebar & bertapak lembut
✅ Ais & ubat tahan sakit
✅ Pakai toe spacer atau bunion pad
✅ Senaman kaki untuk kuatkan otot & perbaiki alignment

2. Ubat-ubatan

Paracetamol atau NSAIDs (contoh: ibuprofen, celecoxib), krim anti-radang (topikal), atau suntikan steroid untuk kesakitan yang teruk & radang kronik.

3. Alat Sokongan Kaki (Orthotic)

Insoles khas untuk betulkan posisi kaki, toe spacer untuk jarakkan ibu jari, dan pemilihan kasut yang lebar, bertapak lembut serta tidak bertumit tinggi.

4. Fisioterapi

Senaman kaki untuk kuatkan otot, mobilisasi sendi & regangan bagi membantu kurangkan tekanan pada sendi ibu jari.

5. Pembedahan (Jika Bunion Teruk)

Pembedahan dipertimbangkan bila sakit teruk walau dah cuba ubat & fisioterapi, susah pakai kasut atau berdiri lama, deformiti makin teruk, atau ganggu aktiviti harian. Antara jenis pembedahan bunion:

Osteotomi – potong dan susun semula tulang ibu jari, distabilkan dengan pin atau skru kecil.
Eksostektomi – buang benjolan tulang pada sisi ibu jari, biasanya digabung dengan prosedur lain.
Arthrodesis – gabungkan sendi ibu jari untuk hentikan pergerakan, sesuai untuk bunion teruk dan sendi rosak.
Lapidus Procedure – gabungkan sendi antara tulang metatarsal & tulang pertengahan kaki, sesuai untuk bunion berulang.

Selepas Pembedahan

Rehat & kawalan beban selama 6–8 minggu, guna kasut khas atau tongkat, terapi kaki untuk kekuatan & fleksibiliti, dengan pemulihan penuh dalam 3–6 bulan bergantung jenis pembedahan.

Bila Perlu Jumpa Pakar?

➡️ Bila sakit makin teruk
➡️ Tak boleh jalan jauh
➡️ Dah cuba rawatan konservatif tapi tak berkesan

Jangan tunggu kaki senget baru nak ambil tindakan.

Dapatkan Penilaian Kaki di Medyna Physiotherapy 📞

📍 Alor Setar: 019-244 9828  |  📍 Sungai Petani: 019-240 0944

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

admin

Writer & Blogger

© 2025 Medirehab Sdn. Bhd. 202201024374 (1470071-M)