Apa Itu Piezogenic Pedal Papules?
Piezogenic pedal papules ialah benjolan kecil yang timbul di bahagian tumit apabila seseorang berdiri atau apabila tekanan dikenakan pada kaki. Benjolan ini terbentuk apabila tisu lemak dari bawah kulit tertekan keluar ke permukaan. Biasanya, benjolan ini hanya kelihatan apabila kita berdiri penuh, dan ia akan hilang semula bila kaki tidak lagi menampung berat badan.
Semasa pemeriksaan, benjolan ini kelihatan tegas dan berwarna kekuningan atau seakan warna kulit. Ia boleh muncul di bahagian tepi, belakang, atau dalam tumit. Selalunya, ia tidak menyakitkan, berlaku pada kedua-dua belah kaki, dan tidak memerlukan rawatan.
Punca-punca
✅ Kelemahan pada tisu kolagen (tisu penyambung bawah kulit)
✅ Berat badan berlebihan (obesiti)
✅ Mempunyai bentuk kaki rata (flat foot)
✅ Pekerjaan yang memerlukan berdiri terlalu lama
✅ Aktif dalam sukan seperti larian jarak jauh atau sukan berimpak tinggi
Rawatan
Kebanyakan masa, rawatan tidak diperlukan kerana ia tidak menyakitkan dan tidak membahayakan. Namun, jika ia mula menyakitkan, beberapa langkah mudah boleh diambil:
✅ Tukar cara berdiri atau aktiviti harian
✅ Kurangkan berat badan jika berlebihan
✅ Elakkan berdiri terlalu lama
✅ Kurangkan tekanan pada kaki (contohnya, pakai kasut yang sesuai)
✅ Alat bantuan seperti stoking mampatan, kusyen tumit, atau tapak kasut khas (ortotik) juga boleh membantu
Untuk kes yang lebih teruk atau berpanjangan, rawatan lanjut seperti suntikan ubat tahan sakit dan anti-radang mungkin diperlukan. Dalam kes yang sangat jarang, pembedahan kecil mungkin dilakukan jika benjolan sangat menyakitkan dan tidak pulih dengan rawatan biasa.
Dapatkan Penilaian Kaki di Medyna Physiotherapy 📞
📍 Alor Setar: 019-244 9828 | 📍 Sungai Petani: 019-240 0944


