Apa Itu Plantar Fasciitis?
Plantar fasciitis adalah salah satu punca utama sakit tumit kaki, dan ia berlaku apabila ligamen plantar fascia yang menyokong lengkungan kaki mengalami keradangan.
Apakah Punca-punca Plantar Fasciitis?
✅ Tekanan berlebihan pada kaki, contohnya berdiri lama, berjalan atau berlari atas permukaan keras
✅ Kasut yang tidak bersesuaian dan tidak menyokong lengkungan kaki dengan baik
✅ Obesiti atau berat badan berlebihan memberi tekanan tambahan
✅ Masalah struktur kaki seperti “flat foot” atau “high arch”
✅ Peningkatan aktiviti fizikal secara mendadak
Apakah Simptom-simptomnya?
✅ Sakit tajam di bahagian bawah tumit, terutamanya semasa langkah pertama waktu pagi, selepas duduk lama, atau semasa/selepas berjalan lama atau berdiri
✅ Sakit biasanya beransur pulih dengan berjalan, tetapi mungkin kembali selepas aktiviti fizikal
Bagaimana Cara Mengurangkan Sakit Plantar Fasciitis?
1. Rehat dan kurangkan aktiviti yang membebankan kaki
2. Letak ais di bahagian sakit (10-15 minit, beberapa kali sehari)
3. Senaman regangan untuk tapak kaki dan betis
4. Pakai kasut yang menyokong dengan tapak dalam (insoles)
Jika keadaan kaki masih juga sama dan tidak berubah, bersegeralah berjumpa dengan doktor atau fisioterapi berdekatan!
Dapatkan Rawatan di Medyna Physiotherapy 📞
📍 Alor Setar: 019-244 9828 | 📍 Sungai Petani: 019-240 0944


