Sindrom piriformis (piriformis syndrome) berlaku apabila otot piriformis di bahagian punggung mengalami kekejangan atau keradangan sehingga menekan saraf sciatic yang terletak berhampiran. Tekanan ini boleh menyebabkan kesakitan, kebas dan rasa kesemutan yang menjalar dari punggung ke bawah kaki — gejala yang sering disalah anggap sebagai sciatica biasa.
Kabar baik, sindrom piriformis boleh dirawat dengan berkesan melalui fisioterapi. Berikut adalah antara teknik rawatan fisioterapi yang biasa digunakan untuk melegakan sindrom piriformis.
1. Pelepasan Titik Pencetus (Trigger Point Release)
Teknik myofascial release pada kawasan punggung membantu mengurangkan kekejangan otot piriformis dan melegakan kesakitan yang berpunca daripada titik-titik tegang (trigger points) dalam otot.
2. Regangan Otot Piriformis (Piriformis Stretch)
Regangan yang disasarkan pada otot piriformis membantu mengurangkan risiko keadaan menjadi lebih teruk, sekali gus meningkatkan fleksibiliti otot di sekitar sendi pinggul.
3. Urutan Geseran Mendalam (Deep Friction Massage)
Teknik urutan ini dapat mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami semasa menjalankan aktiviti harian seperti duduk lama atau berjalan.
4. Mobilisasi Tisu Dalam (Deep Tissue Mobilization)
Digabungkan dengan sesi regangan secara berkala, teknik ini membantu mengurangkan tekanan pada saraf sciatic. Fisioterapis turut memberikan pendidikan mengenai postur dan corak pergerakan yang betul untuk mencegah kekejangan otot daripada berulang.
5. Aplikasi Sejuk dan Panas
Terapi sejuk (ice) dan panas (heat) pada otot piriformis yang tegang atau meradang, sebelum dan selepas sesi fisioterapi, membantu mengurangkan ketidakselesaan selepas rawatan.
6. Mobilisasi Saraf (Neural Mobilization)
Teknik ini digunakan untuk merawat saraf yang mengalami iritasi, keradangan atau melekat pada tisu sekeliling. Terdapat dua kaedah utama:
✅ Nerve Gliding (Gelongsoran Saraf) — melibatkan pergerakan dua sendi secara serentak, di mana satu hujung saraf dipanjangkan manakala hujung yang satu lagi dipendekkan. Teknik ini membantu meningkatkan pergerakan saraf tanpa memberikan tekanan berlebihan.
✅ Nerve Tensioning (Regangan Saraf) — melibatkan pergerakan sendi yang memanjangkan saraf sehingga gejala mula dirasai, kemudian dilakukan mobilisasi pada sendi yang terletak di bahagian distal daripada kawasan yang dipercayai menjadi punca simptom.
Bilakah Perlu Berjumpa Fisioterapis?
Jika anda mengalami sakit punggung yang menjalar ke kaki, rasa kebas, atau kesukaran duduk lama akibat sakit di kawasan punggung, jangan tunggu sehingga ia bertambah teruk. Penilaian awal oleh fisioterapis bertauliah dapat membantu mengenal pasti punca sebenar dan merangka pelan rawatan yang sesuai.
Dapatkan Rawatan di Medyna Physiotherapy
Di Medyna Physiotherapy, kami menyediakan penilaian menyeluruh dan program rawatan fisioterapi yang disesuaikan mengikut keadaan setiap pesakit sindrom piriformis. 📞 Hubungi kami hari ini untuk mendapatkan penilaian fisioterapi dan pelan rawatan yang sesuai dengan keperluan anda.
📍 Alor Setar: 019-244 9828 | 📍 Sungai Petani: 019-240 0944


