Selepas bersalin, ramai ibu menganggap sakit belakang sebagai “biasalah, baru bersalin” dan biarkan sahaja tanpa rawatan. Realitinya, jika dibiarkan berbulan-bulan, ia boleh jadi masalah kronik yang lebih sukar dirawat.
Punca biasa sakit belakang selepas bersalin:
- Otot perut (core) yang masih lemah selepas mengandung
- Postur menyusu dan mendukung bayi yang tidak ergonomik
- Ligamen pelvik yang masih longgar akibat hormon kehamilan
- Kekurangan rehat dan pergerakan yang betul semasa proses pemulihan
Bila perlu jumpa fisioterapis?
Jika sakit berterusan lebih 6 minggu selepas bersalin, atau menjejaskan keupayaan anda menjaga bayi, itu tanda badan anda perlukan bantuan profesional — bukan sekadar “tahan sahaja.”
Fisioterapi selepas bersalin boleh membantu mengukuhkan semula otot core, membetulkan postur, dan mempercepatkan pemulihan keseluruhan badan.
💡 Sempena promosi Merdeka Untuk Bergerak, cuba sesi percubaan pertama anda pada harga istimewa RM69 untuk 30 minit — sesuai untuk ibu yang baru mahu mulakan pemulihan.
📍 Tempah slot anda sekarang:
Alor Setar: 019-244 9828 | Sungai Petani: 019-240 0944



