Mengapa Strok Sangat Berbahaya?
Strok adalah kecemasan perubatan. Ia boleh mengakibatkan:
- Kerosakan otak yang kekal
- Ketidakupayaan jangka panjang (seperti sukar berjalan, bercakap atau mengurus diri)
- Risiko kematian
Semakin lambat rawatan diberikan, semakin besar risiko kerosakan otak.

Tanda-tanda Awal Strok
Kenali tanda-tanda strok kerana tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa. Antara tanda-tanda biasa termasuk:
- Kelemahan pada muka, tangan atau kaki, biasanya di sebelah badan sahaja
- Kebas pada sebelah muka atau badan
- Sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dan sangat teruk
- Masalah penglihatan, seperti kabur atau penglihatan berganda
- Sukar bertutur atau memahami percakapan
Disediakan oleh: Faizzatul
