Strok (Part 2): Apa yang Perlu Anda Tahu

Mengapa Strok Sangat Berbahaya?

Strok adalah kecemasan perubatan. Ia boleh mengakibatkan:

  • Kerosakan otak yang kekal
  • Ketidakupayaan jangka panjang (seperti sukar berjalan, bercakap atau mengurus diri)
  • Risiko kematian

Semakin lambat rawatan diberikan, semakin besar risiko kerosakan otak.

Tanda-tanda Awal Strok

Kenali tanda-tanda strok kerana tindakan pantas boleh menyelamatkan nyawa. Antara tanda-tanda biasa termasuk:

  • Kelemahan pada muka, tangan atau kaki, biasanya di sebelah badan sahaja
  • Kebas pada sebelah muka atau badan
  • Sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dan sangat teruk
  • Masalah penglihatan, seperti kabur atau penglihatan berganda
  • Sukar bertutur atau memahami percakapan

Disediakan oleh: Faizzatul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

admin

Writer & Blogger

© 2025 Medirehab Sdn. Bhd. 202201024374 (1470071-M)