Gluteal Amnesia: Bila Otot Punggung “Lupa” Fungsinya

Apa Itu Gluteal Amnesia?

Otot kita pun ada keupayaan untuk “lupa” fungsi dan tugasnya bilamana otot bekerja dengan tidak sama rata (muscle imbalance). Ketidakseimbangan fungsi otot boleh terjadi bila ada otot yang mendominasi, dan ketidaknormalan ini akan menjurus kepada “amnesia” — otot lupa untuk firing, lupa tugas atau fungsinya.

Gluteal Amnesia adalah satu keadaan di mana otot punggung iaitu gluteus medius lupa untuk bekerja. Antara fungsi otot gluteus medius adalah untuk membantu menstabilkan dan menjaga keselarasan pinggul ketika melakukan pergerakan seperti berjalan, berlari, melompat atau menendang.

Siapa Boleh Mengalami Gluteal Amnesia?

✅ Orang yang tidak aktif (kebiasaannya mereka yang duduk terlalu lama)
✅ Orang yang aktif (terutamanya dalam kalangan runners)

Orang aktif pun boleh mengalami gluteal amnesia — contohnya runners yang cedera sewaktu aktiviti dan perlu menjalani rehabilitasi, tetapi tidak melalui proses rehab secara elok. Otot tak bersedia untuk bekerja lagi, tapi dah kena paksa buat kerja.

Apa Yang Berlaku Selepas Itu?

Otot lain akan ambil alih tugas. Lama-kelamaan, otot gluteus medius lupa kerja hakikatnya, menyebabkan ketidakstabilan pinggul dan berpotensi menyumbang kepada kesakitan di bahagian lain seperti lutut atau belakang.

Cara Mengesan Gluteal Amnesia

Ada beberapa ujian mudah yang boleh dilakukan, salah satunya Trendelenburg Test:

Berdiri dengan sebelah kaki (kaki kanan kat lantai, kaki kiri angkat), cuba tengok pinggul sebelah kiri selaras dengan pinggul kanan atau tidak. Kalau tak sama, ada kemungkinan otot gluteus medius tidak kuat.

Kalau keliru sama ada ujian tersebut menunjukkan masalah atau tidak, boleh rujuk fisioterapis berdekatan anda atau book slot anda di Medyna Physiotherapy.

Dapatkan Penilaian di Medyna Physiotherapy 📞

📍 Alor Setar: 019-244 9828  |  📍 Sungai Petani: 019-240 0944

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

admin

Writer & Blogger

© 2025 Medirehab Sdn. Bhd. 202201024374 (1470071-M)