Kenapa Sakit Bahu dan Leher Datang Sekali?

Ramai pesakit datang ke klinik mengadu, “Sakit bahu saya makin teruk, tapi bila urut bahu, leher pula rasa ketat.” “Kadang-kadang lenguh sampai ke tangan — tak tahu punca dari mana.”

Sebenarnya, ramai tidak tahu bahawa saraf yang mengawal bahu dan tangan berasal dari tulang leher (C4–C8). Jadi bila ada tekanan atau keradangan di kawasan leher, rasa sakit boleh menjalar hingga ke bahu, lengan, bahkan ke jari.

Ada yang rasa mencucuk, kebas, atau tangan cepat letih bila angkat barang — dan semua itu berpunca dari leher yang tegang tanpa disedari.

Punca Utama

Biasanya keadaan ini berlaku kerana postur badan yang salah. Duduk lama di depan komputer, tunduk tengok telefon berjam-jam, atau kerja tanpa rehat mencukupi buat otot bekerja lebih masa. Lama-kelamaan, otot jadi tegang, saraf terhimpit, dan rasa sakit mula menjalar dari satu kawasan ke satu kawasan lain.

Peranan Fisioterapi

Di sinilah fisioterapi memainkan peranan. Ia bukan sekadar “urut untuk hilang sakit sekejap”, tetapi rawatan menyeluruh untuk bantu otot, saraf dan postur kembali seimbang. Ahli fisioterapi akan periksa dengan teliti bermula mencari punca dari mana, kawasan mana yang tertekan, dan otot mana yang terlalu tegang.

Rawatan akan disesuaikan dengan keadaan pesakit, termasuk:

✅ Urutan terapi dan teknik myofascial release untuk melonggarkan otot yang keras
✅ Terapi haba atau TENS untuk kurangkan kesakitan
✅ Senaman regangan serta penguatan otot supaya leher dan bahu lebih stabil

Selain rawatan di klinik, pesakit juga diajar cara duduk, berdiri dan bekerja dengan postur yang betul, supaya tekanan tidak berulang. Bila otot mula seimbang, aliran darah lancar dan saraf tidak lagi terhimpit, rasa sakit akan perlahan-lahan hilang. Leher terasa ringan, bahu boleh bergerak bebas, dan badan pun lebih selesa.

Dapatkan Penilaian di Medyna Physiotherapy

Sakit bahu dan leher yang datang bersama tak semestinya “biasa” sahaja. 📞 Hubungi Medyna Physiotherapy untuk penilaian fisioterapi yang menyeluruh.

📍 Alor Setar: 019-244 9828  |  📍 Sungai Petani: 019-240 0944

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

admin

Writer & Blogger

© 2025 Medirehab Sdn. Bhd. 202201024374 (1470071-M)