Sakit Belakang: Punca, Tanda dan Rawatan Fisioterapi

Apa Itu Sakit Belakang?

Sakit belakang adalah rasa tidak selesa atau sakit yang terjadi di bahagian belakang badan, biasanya di sekitar tulang belakang, otot atau saraf.

Tanda-tanda Sakit Belakang

✅ Sakit yang bertambah teruk pada waktu tertentu – contohnya lebih teruk pada waktu pagi atau selepas duduk lama
✅ Kesukaran berdiri atau berjalan lama – biasanya tanda otot lemah atau saraf yang terjejas
✅ Kebas atau kesemutan – menunjukkan penglibatan saraf, biasanya disebabkan oleh slip disc atau stenosis tulang belakang
✅ Kesakitan yang menjalar – contohnya dari punggung hingga ke kaki (disebabkan oleh saraf terhimpit seperti sciatica)

Punca Utama Sakit Belakang

✅ Postur yang salah – duduk atau berdiri terlalu lama dengan posisi yang tidak betul
✅ Ketegangan otot – daripada mengangkat barang berat dan aktiviti harian
✅ Otot lemah – kurang senaman yang fokus pada otot teras dan belakang
✅ Masalah tulang belakang – seperti slip disc, spondylosis, atau arthritis
✅ Berat badan berlebihan – memberi tekanan tambahan pada tulang belakang

Contoh Rawatan Fisioterapi

1. Latihan Postur – penerangan postur yang betul semasa duduk, berdiri atau mengangkat barang, serta penyesuaian ergonomik tempat kerja.

2. Rawatan Manual – mobilisasi sendi tulang belakang untuk meningkatkan pergerakan, dan urutan untuk melegakan ketegangan serta meningkatkan pengaliran darah.

3. Senaman – senaman regangan untuk meningkatkan fleksibiliti otot, senaman kekuatan untuk menguatkan otot abdominal, dan senaman aerobik seperti berjalan untuk meningkatkan stamina.

4. Modaliti – elektroterapi (TENS) untuk mengurangkan kesakitan, serta terapi panas dan sejuk (panas bagi mengurangkan ketegangan otot, sejuk bagi mengurangkan bengkak).

Dapatkan Rawatan di Medyna Physiotherapy 📞

📍 Alor Setar: 019-244 9828  |  📍 Sungai Petani: 019-240 0944

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

admin

Writer & Blogger

© 2025 Medirehab Sdn. Bhd. 202201024374 (1470071-M)