Sakit Lutut Pada Golongan Muda: Adakah Ia Biasa?

Sakit Lutut Bukan Lagi Masalah Orang Tua Sahaja

Kalau dulu, bila sebut sakit lutut, mesti terbayang figura orang yang berusia, jalan pakai tongkat, sambil terbongkok-bongkok usap lutut. Sekarang, tak perlu tunggu tua untuk sakit lutut kerana sakit lutut adalah masalah yang lazim dalam kalangan orang muda.

Dalam kajian yang melibatkan staf dan pelajar universiti berusia 18-39 tahun, 31.8% dilaporkan mengalami masalah lutut dengan sakit lutut sebagai gejala utama dalam 65% kes tersebut (BMC Musculoskeletal Disorders, 2019). Kajian dalam kalangan penduduk umum (18-44 tahun) pula menunjukkan kira-kira 18% individu melaporkan sakit lutut (Knee Pain Centres of America, 2024).

Keadaan Yang Kerap Menyumbang

Patellofemoral Pain Syndrome (PFPS – juga dikenali sebagai runner’s knee) menjejaskan lebih daripada 20% golongan muda, dan berlaku kira-kira 2.5 kali lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Osgood Schlatter disease pula berlaku dalam kalangan remaja berumur 9 hingga 16 tahun dengan peratusan sebanyak 9.8%, lebih tinggi dalam kalangan lelaki.

Faktor Orang Muda Mengalami Kesakitan Lutut

Kecederaan – kecederaan berkaitan sukan seperti terseliuh, terkehel, atau koyakan ligamen (ACL), tulang rawan, atau tendon
Kegunaan Berlebihan – pergerakan berulang dalam sukan atau aktiviti fizikal boleh menyebabkan tendinitis patella atau bursitis
Masalah Plat Pertumbuhan – pada remaja, kecederaan plat pertumbuhan (apofisitis) atau penyakit Osgood-Schlatter adalah perkara biasa
Isu Penjajaran (Alignment) – penjajaran lutut yang tidak betul atau ketidakseimbangan otot boleh menyumbang kepada sindrom sakit patellofemoral atau kaki rata
Genetik – sesetengah individu mewarisi keadaan seperti sendi yang sangat fleksibel
Obesiti – berat badan berlebihan memberi tekanan tambahan pada sendi lutut
Jangkitan atau Artritis – walaupun kurang biasa pada orang muda, keadaan seperti artritis juvenil boleh berlaku

Kesimpulan

Sekiranya kesakitan lutut berterusan, penting bagi individu muda untuk berjumpa dengan profesional kesihatan untuk diagnosis yang tepat dan rawatan yang sesuai.

Dapatkan Penilaian di Medyna Physiotherapy 📞

📍 Alor Setar: 019-244 9828  |  📍 Sungai Petani: 019-240 0944

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

admin

Writer & Blogger

© 2025 Medirehab Sdn. Bhd. 202201024374 (1470071-M)